Pages

31 January 2009

Sugar Puffs



Bahan-bahan (18 biji):
65gm tepung gandum
50gm mentega
150ml air
secubit garam
2 biji telur - dipukul sedikit

pearl sugar secukupnya (macam dalam gambar di atas) - untuk topping
1 biji telur kuning + 1 camt susu segar - dipukul rata untuk sapuan

cara:
  1. griskan baking tray dan ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan garam. ketepikan
  3. jerangkan mentega dan air sambil dikacau sehingga mentega cair
  4. kuatkan api dan biarkan mendidih selama 1 min
  5. padamkan api dan masukkan tepung ke dalam periuk. kacau pantas
  6. bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam
  7. masukkan telur dan kacaukan sebati
  8. isikan adunan ke dalam piping bag dan picitkan adunan ke atas baking tray
  9. kemudian sapukan dengan campuran kuning telur dan susu dan taburkan dengan pearl sugar (jika susah nak jumpa pearl sugar boleh juga digantikan dengan choc chip)
  10. bakar pada suhu 220-200C selama 20-25 min atau sehingga keperangan
  11. sesuai dihidangkan sebagai minuman petang

BBQ chicken pizza


Bahan-bahan (1 large pizza):
1 large pizza dough - lihat resepi disini
1 cawan pizza sauce atau secukupnya - lihat resepi disini
1 biji red/green pepper - dipotong memanjang
1 - 2 chicken breast - direbus dan dipotong kiub
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1/2 cawan BBQ sauce
1 cawan mushroom - dihiris
1 camb minyak sayur
150gm mozarella cheese
150gm cheddar cheese
garam dan pepper secukupnya

cara:
  1. panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga sedikit layu. angkat dan ketepikan
  2. masukkan ayam ke dalam mangkuk dan tuangkan BBQ sauce. gaulkan sebati. ketepikan
  3. doh pizza yang telah dicanai bulat di letakkan di dalam pizza pan. cucukkan2 dengan garpu dan bakar pada suhu 180-200c selama 5 ke 10 min
  4. kemudian keluarkan dan sapukan dengan pizza sauce keseluruhan doh tadi
  5. susunkanlah topping : mushrooms, peppers, bawang dan ayam
  6. akhir sekali taburkan kedua2 cheese, garam dan pepper dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  7. hidangkan ketika masih panas

29 January 2009

Chocolate chip cookies resepi III

Bahan-bahan (20 keping bergantung pada size):
1/2 cawan (100gm) gula pasir (granulated sugar)
1/2 cawan (120gm) gula perang (light brown sugar)
115 gm unsalted butter - sejuk (keluarkan bila nak digunakan) dipotong kiub 1cm
1 biji telur
1 camt esen vanila
1/2 camt soda bikarbonat
1 1/4 cawan (175gm) tepung gandum
1/4 camt garam
1 1/2 cawan (200gm) chocolate chips
1 cawan (130gm) kacang walnuts atau pecans - bakar di dalam oven dan cincang

cara:
  • griskan 3 baking tray atau susunkan parchment paper
  • ketepikan
  • ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat dan garam
  • ketepikan
  • panaskan oven pada suhu 150C
  • pukul gula pasir, gula perang dan unsalted butter sehingga sebati (pukul dengan menggunakan kelajuan minimum dan apabila butter sudah agak lembut barulah dinaikkan kelajuan mixer)
  • masukkan telur dan esen vanila sambil dipukul lagi
  • kemudian masukkan tepung sambil dipukul sehingga sebati
  • akhir sekali kaupbalikkan chocolate chips dan kacang walnut ke dalam adunan sehingga sebati
  • ambil adunan sebesar 2 camb (5cm) dan susunkan ke atas baking tray
  • lakukan sehingga habis adunan dan bakar selama 18-20 min dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • setelah itu bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara

source: the great book of chocolate

26 January 2009

Chocolate chips oreo muffins



Bahan-bahan (6 biji):
1 biji telur
120ml susu segar
55gm mentega - dicairkan
170gm tepung gandum
2 camt baking powder
1/2 camt garam
80gm gula pasir
70gm chocolate chips
70gm oreo cookies - crushed

cara:
  1. susunkan muffin cup cases ke dalam muffin pan. ketepikan
  2. ayakkan tepung, baking powder dan garam. ketepikan
  3. panaskan oven pada suhu 200C atau 190C (bergantung pada oven masing2)
  4. dengan menggunakan whisker pukulkan telur, susu dan mentega sehingga sebati
  5. masukkan tepung yang telah diayak tadi bersama2 dengan chocolate chips ke dalam adunan
  6. gaulkan sebati
  7. akhir sekali masukkan oreo cookies dan gaulkan rata
  8. sudukan adunan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak
  9. keluarkan dari oven dan biarkan sedikit sejuk barulah dihidangkan

source: gourmet traveller

25 January 2009

Kuih bakar bijan




Bahan-bahan:
450gm tepung gandum
6 biji telur
500ml santan
450gm gula pasir didihkan bersama 400ml air
80gm daun pandan mesin bersama 400ml air dan tapiskan
beberapa titik pewarna hijau
1 camt garam
sedikit bijan

cara:
  1. satukan tepung gandum, telur, santan, air pandan, garam dan pewarna hijau ke dalam mangkuk adunan
  2. kacau sehingga sebati
  3. kemudian tuangkan air gula dan kacau rata
  4. tapiskan adunan tadi ke dalam mangkuk adunan yang lain
  5. panaskan oven pada suhu 180C
  6. sapukan acuan kuih bakar dengan sedikit minyak sapi dan panaskan sekejap ke dalam oven
  7. tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan dengan bijan
  8. bakar selama 35 - 40 min atau sehingga masak

source: rasa


Chocolate hazelnut biscotti




Bahan-bahan (60 keping bergantung pada ketebalan):
1 cawan kacang hazelnut
2 1/2 cawan (280gm) tepung gandum
1/2 cawan (115gm) serbuk koko
1 camb espresso powder
secubit garam
1/2 camt soda bikarbonat
1/4 camt baking powder
4 biji telur
1 1/3 cawan (300gm) gula pasir

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C
  • taburkan kacang hazelnut ke atas baking tray dan bakar di dalam oven selama 10 min atau sehingga keperangan
  • Note: jika menggunakan kacang hazelnut yang belum dikopek kulitnya pastikan dibakar sehingga kulitnya tercabut dan kopekkan kulitnya
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung gandum, serbuk koko, garam, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam mangkuk adunan. ketepikan
  • pukulkan telur sedikit dengan menggunakan whisker dan ketepikan 2 camb untuk sapuan atas doh
  • pukul telur dan gula sehingga sebati
  • kaupbalikkan campuran tepung tadi ke dalam adunan sehingga sebati dan menjadi doh (uli dengan tangan)
  • kemudian keluarkan doh tadi dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung (pastikan tangan ditaburkan dengan sedikit tepung kerana adunan lembut)
  • setelah itu ulikan sedikit doh tadi dan bahagikan kepada dua
  • kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar
  • ambil satu doh dan leperkan sedikit
  • canaikan setebal sebesar 6 inch square
  • taburkan separuh dari kacang hazelnut ke atas doh tadi dan gulungkan setebal 2 inch (gulung seperti swiss roll)
  • angkat dan letakkan ke atas baking tray yang telah di letakkan dengan kertas minyak (parchment paper) atau digriskan terlebih dahulu
  • ulangi dengan doh yang kedua sehingga habis proses dari step 12 ke step 15
  • sapukan dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min ke 20 min (bergantung pada oven masing2)
  • kemudian keluarkan dari oven dan biarkan sejuk selama 5 min (jangan biarkan terlalu lama nanti susah untuk dipotong dan pastikan pisau yang digunakan tajam)
  • potong secara menyerong setebal 1 1/2 inch dan susunkan semula ke dalam baking tray dan bakar selama 20 min atau sehingga rangup
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara

note: pada yang memakai gigi palsu hati2 apabila memakan biscotti nie sebab biskut nie bukan macam biskut biasa ianya sedikit keras

source: new york times

24 January 2009

Chocolate cake resepi II

Bahan-bahan:
125gm mentega - pada suhu bilik
2/3 cawan (134gm) gula pasir
1/3 cawan (43gm) gula aising
1 1/4 cawan (156gm) tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan (64gm) serbuk koko
1 camt soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 camt esen vanila

Bahan2 chocolate icing:
1 cawan gula aising
1 camb serbuk koko
1 1/2 camb air panas
1 camt esen vanila

Bahan2 rich chocolate butter cream:
50gm dark/plain chocolate - chopped
25gm unsalted butter
1/4 cawan gula aising
2 camt fresh cream

cara:
  1. griskan tin kek berukuran 23cm atau 8 inci. ketepikan
  2. ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat sebanyak tiga kali. ketepikan
  3. di dalam mangkuk adunan pukul mentega gula pasir dan gula aising sehingga gebu dan ringan (apabila dikaup dengan spatula adunan tidak jatuh)
  4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata
  5. kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
  6. kaupbalikkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan sambil dikacau rata
  7. tuangkan adunan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 180C selama 40-45 min atau sehingga masak
  8. matikan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  9. keluarkan kek dan biarkan sejuk sebelum disapukan dengan butter cream
  10. cara untuk membuat chocolate icing: masak secara double boiler sehingga semua bahan sebati dan tuangkan ke atas kek tadi
  11. cara untuk membuat chocolate buttercream: masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau sehingga adunan sebati. setelah itu bolehlah disapukan ke atas kek tadi
  12. OPTIONAL: kalau sukakan kek cokelat perisa jam bolehlah dikurangkan 1/2 cawan gula pasir dan gantikan dengan 1/4 cawan jam raspberry/blackberry/strawberry dan dikuti dengan esen vanila - Step 5

source: k.ida, 1001 (cara diubah sedikit)

23 January 2009

Jam donuts

Bahan-bahan (8 biji):
225gm tepung roti
1/2 camt garam
15gm mentega cair
7gm (2 1/2 tsp) instant yeast
125ml air suam
1 biji telur

minyak untuk menggoreng
gula aising atau gula kastor secukupnya
strawberry jam secukupnya - ape2 jenis jam pun boleh ikut selera masing2

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan ulikan doh sehingga tidak melekat
  2. atau boleh jugak dipukul dengan mixer dengan menggunakan dough hook. pukul sehingga doh tidak melekat di mangkuk adunan
  3. keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai
  4. bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan satu seberat 55gm
  5. ambil satu doh bentukkan menjadi bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu
  6. lakukan step 5 sehingga habis
  7. tutup dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min ke 1 jam
  8. pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpan di dalam oven (jangan ON kan)
  9. letakkan dua cawan air panas di kiri kanan atau di tray yang paling atas
  10. tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam
  11. setelah itu bolehlah dipanaskan minyak dan goreng donut tadi sehingga masak dan keperangan
  12. salutkan donut dengan gula aising atau gula kastor
  13. masukkan strawberry jam sepenuhnya di dalam piping bag
  14. ambil satu donut dan cucukkan dengan muncung piping bag dan pipekan jam di dalamnya
  15. sedia dihidangkan

NOTE: resepi donut boleh ikut ape2 resepi pun tapi cara memasukkan jam boleh ikut cara kat sini

source: baking mad

21 January 2009

Stuffing bread bowl


Bahan-bahan (6 biji):
Bahan2 untuk roti:
1 1/4 cawan air suam
1/4 cawan minyak sayur atau minyak ganola
3 cawan (375gm) tepung gandum
1/2 cawan (83gm) tepung semolina (semolina course/ground)
1 1/4 cawan garam
1 camb gula pasir
3 camb potato flour/starch
2 camb tepung susu
2 1/2 camt instant yeast

Bahan2 filling:
6 camb mentega
6 camb tepung gandum
1 3/4 cawan stok ayam
1/2 cawan susu segar
5 1/2 - 6 cawan ayam yang telah direbus dan dipotong kiub (air jangan dibuang untuk dijadikan stok)
1/4 - 1/2 camt garam - agak2
1/4 camt dried thyme
1 1/2 cawan frozen peas and carrots atau mix vege

cara:

  1. masukkan semua bahan2 untuk roti ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting dough. tunggu sehingga siap
  2. atau masukkan semua bahan ke dalam mixing bowl dan pukul dengan electric mixer. kemudian uli sehingga menjadi doh yang kental dan tidak melekat di tangan. bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan semula ke dalam mixing bowl tadi yang telah digris terlebih dahulu dan tutup. biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min atau 1 jam
  3. keluarkan doh dari breadmaker/mixing bowl dan letakkan ke atas papan pencanai
  4. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  5. bentukkan doh menjadi bulat dan biarkan ianya rehat selama 10-15 min
  6. kemudian bahagikan doh kepada 6 biji dengan setiap satu seberat 145-150gm
  7. bentukkan setiap satu doh menjadi bulat dan letakkan ke atas baking tray yang telah digris
  8. biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  9. pada yang tinggal dinegara 4 musim masukkan baking tray ke dalam oven ( jangan di ON kan oven)
  10. letakkan dua cawan air panas di dalam oven dan tutupkan pintu oven
  11. setelah doh naik bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
  12. tutupkan api oven dan biarkan roti sejuk
  13. cara memasak filling: cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan tepung sambil dikacau sehingga sebati
  14. kemudian masukkan stok ayam dan kacau lagi supaya adunan tidak berbentil
  15. masukkan susu segar dan kacau rata. biarkan sehingga mendidih dan biarkan renih selama 5 min
  16. setelah itu masukkan ayam, garam, thyme dan kacau rata
  17. masukkan pula kacang peas dan carrot sambil dikacau lagi
  18. renihkan sekejap sebelum ditutupkan api
  19. cara menghidang: ambil sebiji roti dan potongkan 1/3 bahagian atas roti
  20. dengan menggunakan sudu kaup keluarkan roti di dalamnya
  21. kemudian bolehlah dituangkan filling tadi dan hidangkan

note: roti nie sentiasa lembut walaupun disimpan 2-3 hari

source: king arthur (diubah sedikit)

19 January 2009

Homemade oreos

Bahan-bahan (25-30 biji):
1 1/4 cawan (156gm) tepung gandum
1/2 cawan unsweetened cocoa powder
1 camt soda bikarbonat
1/4 camt baking powder
1/4 camt garam
1 - 1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan + 2 camb (141gm) unsalted butter - pada suhu bilik
1 biji telur

Bahan2 untuk filling:
1/4 cawan (56gm) unsalted butter - pada suhu bilik
1/4 cawan (51gm) vegetable shortening
2 cawan (240gm) gula aising - diayak
2 camt esen vanila

cara:
  • griskan baking tray dan ketepikan
  • ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan baking powder
  • masukkan gula dan bahan2 ayak tadi ke dalam ke dalam food processor atau mixing bowl
  • kisar atau putarkan sehingga sebati
  • kemudian masukkan butter dan telur sambil dikisar/putar lagi sehingga menjadi doh
  • ambil satu camt adunan dan letakkan ke atas baking tray
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian leperkan setiap satu adunan tadi dan bakar pada suhu 190C selama 9 min
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • untuk filling: pukul mentega dan shortening pada kelajuan minimum
  • masukkan gula aising dan esen vanila sambil dipukul lagi pada kelajuan maksima sehingga gebu dan ringan (apabila diterbalikkan mixing bowl adunan tidak jatuh) selama 2-3 min
  • setelah itu masukkan ke dalam piping bag dan pipekan ke atas satu keping oreos dan letakkan sekeping lagi di atas filing tadi lalu ditekankan dengan perlahan
  • lakukan sehingga habis
  • bolehlah dihidangkan atau disimpan di dalam bekas kedap udara

source: retro desserts

17 January 2009

Roasted paprika chicken with mushroom sauce

Bahan-bahan (2 orang):
Bahan2 perapan ayam:
2 ketul chicken breast
1 camb olive oil
1 labu bawang besar (saize kecil) - dicincang
2 ulas bawang putih - 1 ulas crushed & 1 ulas dihiris
fresh thyme leaves
fresh sage leaves
1 - 2 camb serbuk paprika
garam dan pepper secukupnya

Bahan2 sos:
100gm mushrooms - dihiris atau biarkan (ikut selera masing2)
3/4 cawan cream (single or double)
1 camb kicap
1 camb tepung jagung
1 camb mentega
1 camb olive oil
garam dan pepper secukupnya

cara:
  1. panaskan oven pada suhu 200-230C
  2. sapukan garam, pepper dan serbuk paprika pada ayam
  3. perapkan sekejap
  4. panaskan kuali dengan olive oil
  5. tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan garing
  6. masukkan ayam tadi dan goreng selama 2 min (fry each side for 1-2 min)
  7. setelah itu angkat dan letakkan ke atas aluminium foil dan taburkan dengan sage leaves, thyme leaves dan hirisan bawang putih
  8. bakar selama 10 min. keluarkan dari oven dan ketepikan
  9. panaskan kuali dengan olive oil
  10. masukkan mushrooms dan goreng sehingga garing
  11. kemudian masukkan garam dan pepper. kacau rata
  12. masukkan cream, kicap dan gaulkan sebati
  13. satukan mentega dan tepung jagung. gaulkan sebati
  14. masukkan ke dalam kuali tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
  15. angkat dan tuangkan ke atas ayam tadi
  16. enak di makan bersama salad, nasi dan sebagainya

Raspberry napoleon

Bahan-bahan:
1 sheet puff pastry (10x10 inch)
1 cawan fresh raspberries
1 cawan whipping cream
4 camb gula aising
1 camb gula pasir

cara:
  1. panaskan oven pada suhu 180C
  2. potong puff pastry kepada size rectangles (2x1 inch) dan letakkan di atas baking tray
  3. bakar selama 20 min atau sehingga keperangan
  4. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  5. sementara itu pukul whipping cream bersama gula aising sehingga kental dan gebu
  6. simpankan di dalam fridge
  7. masukkan separuh cawan raspberry bersama gula pasir ke dalam mangkuk tahan panas
  8. masak selama 10 min atau sehingga menjadi jus. angkat dan biarkan sejuk
  9. ambil satu keping puff pastry tadi dan bahagikan 3
  10. kemudian ambil sekeping (dari 3 keping tadi) dan sapukan whipping cream ke atasnya
  11. ambil sekeping lagi puff pastry dan letakkan ke atas whipping cream tadi. lakukan sehingga habis puff pastry
  12. sapukan whipping cream ke atas layered puff pastry yang atas dan letakkan raspberry
  13. taburkan icing sugar ke atasnya dan letakkan jus raspberry disekelilingnya
  14. lakukan sehingga habis
  15. sesuai dihidangkan sebagai minuman petang

16 January 2009

Pizza dough

Bahan-bahan (2 large pizza):
3.75 cawan (525gm) tepung gandum
2 camb instant yeast
1 camt garam
1 camb madu
1-2 camb olive oil
1 1/2 cawan air

cara:
  1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan setting dough. tunggu sehingga siap. setelah itu terus ke step 8
  2. jika tiada bread machine larutkan yeast dengan air dan biarkan selama 3 min. ketepikan
  3. satukan tepung dengan garam ke dalam mangkuk adunan. kacau rata
  4. kemudian buatkan lubang di tengah2 dan tuang yeast, air, madu dan olive oil. kacaukan sebati
  5. setelah itu ulikan sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. uli lebih kurang 15 min
  6. bahagikan doh kepada dua bahagian dan bentukkan menjadi bulat
  7. masukkan ke dalam mangkuk adunan dan tutupkan dengan tuala. biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 1 - 1 1/2 jam
  8. selepas itu keluarkan doh tadi dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  10. kemudian bentukkan semula menjadi doh dan biarkan ianya rehat selama 10 min
  11. ambil satu doh dan canaikan menjadi bulat
  12. letakkan ke dalam pizza pan dan cucuk2kan dengan garpu
  13. sapukan dengan sos pizza dan topping
  14. bakar pada suhu 200C selama 20 min atau sehingga masak

Tomato sauce for pizza

Bahan-bahan (untuk 2 large pizza):
1 tin chopped/crushed tomato - 400gm
1 ulas bawang putih - crushed
1/2 camb cuka
1 camt gula pasir
garam dan pepper secukup rasa

cara:
  • letakkan kuali di atas oven dengan api perlahan
  • tuangkan tomato ke dalamnya
  • masukkan bawang putih dan gaulkan rata
  • kemudian masukkan cuka dan gula
  • gaulkan sebati dan terus memasak dalam 10-15 min sehingga kuah sedikit kering (nie bergantung pada kesukaan masing2)
  • akhir sekali perasakan dengan garam dan pepper
  • angkat dan masukkan ke dalam bekas kedap udara
  • bolehlah disimpan di dalam fridge

15 January 2009

Breaded chicken chop

Bahan-bahan (1 orang):
1 ketul peha ayam
50gm serbuk roti (golden breadcrumb)
50gm tepung jagung
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
sedikit garam dan lada sulah

cara:
  1. peha ayam digaulkan dengan garam dan lada sulah
  2. perapkan seketika
  3. pecahkan telur di dalam satu bekas dan pukulkan sedikit
  4. letakkan tepung jagung dan serbuk roti di dalam bekas yang berasingan
  5. panaskan minyak (biar banyak)
  6. salutkan peha ayam dengan tepung jagung
  7. kemudian celupkan ke dalam telur tadi dan salutkan lagi dengan serbuk roti
  8. goreng dengan minyak terendam sehingga masak dan keperangan
  9. angkat dan letakkan di atas pinggan yang telah dilapikkan dengan kitchen towel supaya minyak akan meresap
  10. hidangkan bersama2 dengan sos black pepper atau mushroom sauce (lihat resepi disini), fries, coleslaw atau salad

source: rossya

Harum manis

Bahan-bahan:
300gm gula melaka
350ml air
3 biji telur
200gm gula pasir
350gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan esen vanila
50gm mentega - dicairkan
8-9 biji pisang raja - dihiris bulat

cara:
  1. griskan acuan2 kecil dan ketepikan
  2. ayakkan tepung gandum, baking powder, gara, dan soda bikarbonat. ketepikan
  3. masak gula melaka dengan air sehingga larut. tapis dan sejukkan
  4. dengan menggunakan whisker pukul telur dan gula sehingga kembang
  5. masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan menggunakan spatula
  6. kemudian masukkan esen vanila, mentega cair dan gula melaka
  7. kacau sehingga adunan sebati
  8. tuangkan tiga suku penuh adunan ke dalam acuan
  9. letakkan hirisan pisang di atasnya
  10. kukus selama 15-20 min atau sehingga masak

Banana bread

Bahan-bahan:
2 biji telur - dipukul sedikit
80ml buttermilk
120ml minyak sayur/ganola
225gm pisang - dilecek
300gm gula pasir - boleh dikurangkan gula jika mau
220gm tepung gandum
5gm soda bikarbonat
3gm garam

60gm chopped pecan/almond/walnut - optional

cara:
  1. griskan 9x5 inch loaf pan dan ketepikan
  2. ayakkan tepung, soda bikarbonat dan garam. ketepikan
  3. masukkan telur, buttermilk, minyak dan pisang ke dalam food processor/blender
  4. kisar sehingga sebati. ketepikan
  5. masukkan adunan tepung dan gula ke dalam mangkuk adunan. kacau rata
  6. setelah itu tuangkan adunan pisang yang telah dikisar tadi dan chopped pecan ke dalam adunan tepung
  7. gaulkan sebati
  8. kemudian tuangkan ke dalam loaf pan dan bakar pada suhu 165C selama 1 jam 20 min atau sehingga masak
  9. keluarkan dari oven dan tunggu sehingga sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: allrecipes

Ayam maharani

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar
10 biji lada hijau
5 biji lada merah
1 biji tomato
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan santan
1 cawan air
10 biji gajus

Bahan2 C:
2 helai daun bay
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng

garam & gula secukup rasa
minyak

cara:
  1. ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
  2. selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
  3. panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
  4. masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
  5. tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
  6. kacau rata dan biarkan mendidih
  7. tambah air jika terlalu kering
  8. masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
  9. padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
  10. jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan

note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati

source: suria

11 January 2009

Kuih serimuka/puteri salat


Bahan-bahan (size loyang 22cm / 3''):
Bahan lapisan bawah:
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 camt garam
2 camb minyak

Bahan2 lapisan atas:
120gm tepung gandum
3 camb tepung jagung
140gm gula pasir
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 camt garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan boleh digantikan dgn 1 camt pandan paste)

cara:
  1. untuk lapisan bawah: sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih
  2. bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min. toskan beras pulut
  3. Satukan semua bahan2 didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan
  4. kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min
  5. keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi
  6. siap untuk dilapis dgn lapisan atas
  7. untuk lapisan atas: pukul gula bersama telur hingga kembang dengan menggunakan whisker
  8. masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam
  9. diikuti dengan air pandan dan dipukul lagi sehingga rata
  10. akhir sekali ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan tadi
  11. kacau adunan supaya tidak berbentil
  12. kemudian tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi pulut tadi
  13. dan kukus dengan api yang sederhana selama 45 min atau 1 jam
  14. pastikan tudung kukus dilapik dengan kain atau dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke atas lapisan atas
  15. setelah masak biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: nana sham, myr

Orange chiffon cake

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
4 biji kuning telur
75ml jus oren
40ml air
85ml minyak jagung
90gm gula pasir
150gm tepung hongkong atau tepung kek
3gm garam
1 camt baking powder
1/2 camt oren emulco

Bahan2 B:
5 biji putih telur
1/8 camt cream of tartar
100gm gula pasir

cara:
  1. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam di dalam mangkuk adunan
  2. kemudian masukkan kesemua bahan2 A dan gaulkan sebati. ketepikan
  3. pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga sebati selama 1 min
  4. masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dipukul sehingga kental (apabila diterbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh)
  5. kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan A sehingga sebati
  6. tuangkan adunan ke dalam chiffon tin saiz 23cm dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak
  7. setelah masak tutupkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  8. kemudian keluarkan dari oven dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dipotong

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: aunty yochana

Pandan coconut tart

Bahan-bahan:
Bahan2 pastry:
250gm tepung gandum
1 camb tepung susu
125gm mentega sejuk
50gm gula pasir
50gm telur - dipukul sedikit
1/2 camt esen vanila
1/4 camt garam

Bahan2 inti:
250gm kelapa parut
1 1/2 - 2 biji telur
50gm susu cair
1 camb jus pandan
1 camt pandan paste
beberapa titik pewarna hijau
50gm mentega cair

red glaces cherries - potong 4

cara:
  1. masukkan semua bahan2 untuk pastry ke dalam food processor dan blend sehingga semua sebati
  2. simpankan doh ke dalam fridge selama 20 min
  3. sementara itu satukan semua bahan2 inti ke dalam mangkuk dan gaulkan rata
  4. ambil doh dan canaikan
  5. kemudian terapkan dengan tart cutter dan masukkan ke dalam acuan tart
  6. isikan inti dan letakkan sepotong buah cherry
  7. lakukan sehingga habis
  8. bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
  9. hidangkan sebagai minuman petang

source: aunty yochana

7 January 2009

Telur itik masak darat

Bahan-bahan:
5 biji telur itik
450ml santan pekat - dari sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
1/2 sudu makan kunyit serbuk
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya

Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1cm lengkuas
5 tangkai cili kering

cara:
  • pecahkan sebiji telur di dalam senduk kecil yang telah dilengser dengan sedikit minyak
  • bubuh senduk di dalam air mendidih dan biar hingga telur masak
  • buat begini sehingga telur habis
  • ketepikan
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga berbau
  • masukkan santan dan serbuk kunyit
  • kacau rata sehingga mendidih
  • bubuh kerisik, garam, gula dan dikacau rata
  • apabila mendidih, masukkan telur dan masak lagi selama 2 min
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih bersama ulam2an

source: puan norzailina nordin

Buttermilk country cake



Bahan-bahan:
80gm kuning telur - dalam 4 biji
160gm buttermilk
1 camt esen vanila
200gm tepung kek
15gm (3 camt) baking powder
200gm gula pasir
1/8 camt garam
120gm mentega

cara:

  1. griskan tin kek saiz 8" atau loaf pan. ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam. ketepikan
  3. masukkan kuning telur dan 40ml buttermilk ke dalam mangkuk adunan yang kecil dan gaulkan sebati. ketepikan
  4. di dalam mangkuk adunan yang lain masukkan tepung yang telah diayak tadi bersama2 dengan gula
  5. dengan menggunakan mixer pukul pada kelajuan yang minimum selama 30 saat sehingga adunan sebati
  6. kemudian masukkan mentega dan remaining buttermilk dan pukul lagi sehingga adunan sebati selama 2 min
  7. setelah itu masukkan adunan kuning telur dan esen vanila. pukul lagi selama 1 min
  8. tuangkan adunan ke dalam tin kek dan bakar pada suhu 175C selama 50-60 min atau sehingga masak
  9. keluarkan dari oven dan biarkan kek betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: aunty yochana

6 January 2009

Ayam kalasan

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8 atau ikut suka masing2
500ml santan - dari 1 biji kelapa
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk kunyit
garam & gula secukup rasa
minyak masak

Bahan2 A - ditumbuk kasar:
6sm lengkuas
5sm halia
4sm kunyit hidup
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

cara:
  1. perap ayam bersama kicap, serbuk kunyit dan garam selama 1 jam
  2. kemudian rebus ayam dengan santan dan bahan2 A
  3. tambah gula dan garam secukup rasa
  4. bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letakkan di dalam penapis
  5. toskan bahan2 rebusan tadi dan ketepikan
  6. panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan
  7. angkat dan letakkan di dalam pinggan
  8. dengan menggunakan kuali yang sama gorengkan pula bahan2 rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi
  9. bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi
  10. hidangkan bersama2 dengan nasi dan lauk-pauk
  11. sedap dimakan ketika panas

source: puan norzailina nordin

4 January 2009

Salad

Bahan-bahan:
lettuce - dipotong ikut suka masing2
buah tomato - dipotong dadu/wedges
bawang besar - dihiris bulat atau dipotong dadu

Bahan2 untuk dressing:
cuka
gula pasir
olive oil
garam
black pepper - crushed

cara:
  • satukan bahan2 dressing di dalam mangkuk dan rasakan dengan kesesuaian selera masing2
  • masukkan sayur2 ke dalam mangkuk berisi dressing tadi dan gaulkan rata
  • sesuai dihidangkan dengan nasi putih bersama dengan lauk pauk

Ayam tandoori - resepi III

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4

Bahan2 perap:
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt

Bahan2 kisar:
1 inci halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
1 sudu besar madu/gula
1 sudu besar minyak
garam secukupnya

cara:
  1. satukan bahan2 kisar bersama bahan2 perap ke dalam freezer bag
  2. masukkan ayam dan pastikan semua bahan bergaul rata dengan ayam
  3. perapkan selama beberapa jam atau semalaman
  4. bakar pada suhu 200C selama 1 jam, 30 min untuk kedua2 belah
  5. hidangkan bersama2 roti naan, salad dan nasi putih

sourse: k.hanieliza

3 January 2009

Matcha chiffon cake


Bahan-bahan:
1 camb green tea powder
30ml susu segar
2 biji telur kuning
20gm gula kastor
20ml minyak sayur (vegetable oil)
40gm tepung naik sendiri (self-raising flour)

2 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
50gm gula kastor

sedikit chocolate chips untuk taburan

cara:
  1. ayakkan tepung bersama2 dengan green tea powder dan ketepikan
  2. satukan kuning telur dan 2ogm gula kastor dan pukul sehingga sebati dengan menggunakan whisker
  3. masukkan susu, minyak dan pukul sehingga rata
  4. setelah itu kaupbalikkan tepung dengan menggunakan spatula sehingga adunan sebati. ketepikan
  5. di dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan putih telur dengan cream of tartar sehingga sebati
  6. setelah itu masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak tiga kali sambil dipukul sehingga kental dan berkrim (pastikan adunan tidak jatuh walaupun di terbalikkan mangkuk)
  7. kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan kuning telur sebanyak 3 kali sehingga sebati
  8. kemudian tuangkan 1/3 adunan ke dalam tin chiffon cake saiz 16cm dan taburkan chocolate chips
  9. masukkan kesemua adunan ke dalam tin dan bakar pada suhu 175C selama 25-30 min atau sehingga masak
  10. setelah masak matikan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
  11. keluarkan dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan kek dari tin dan bolehlah dipotong dan dihidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

2 January 2009

Ikan bilis buns


Bahan-bahan (16 biji):
400gm tepung roti
100gm tepung kek
90gm gula kastor
10gm tepung susu
1 camt bread improver
5gm garam
11gm instant yeast
1 biji telur
220gm air sejuk
70gm marjerin/butter/unsalted butter

sambal ikan bilis atau ikut selera masing2
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  2. biarkan sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  3. keluarkan dan letakkan doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian potongkan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola
  6. lakukan sehingga habis dan biarkan doh rehat selama 10 min
  7. kemudian ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tangan
  8. isikan dengan inti sambal ikan bilis dan tutupkan semula menjadi bola
  9. lakukan sehingga habis dan letakkan doh tadi ke dalam baking tray
  10. pastikan setiap doh dijarakkan supaya ianya tidak akan bercantum apabila proses penaikan doh semula dan apabila semasa dibakar
  11. biarkan doh tadi naik sekali lagi selama 45 min
  12. pada yang tinggal di negara 4 musim letakkan baking tray yang berisi roti ke dalam oven. letakkan dua cawan air panas di dalam oven dan tutupkan pintu oven. tidak perlu di ON kan oven tadi
  13. setelah itu bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. apabila sudah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan olive oil supaya ianya sentiasa lembut

note: saya suka membuat roti menggunakan unsalted butter kerana doh akan menjadi lebih lembut walaupun tidak menggunakan bread improver dan texture roti lebih cantik

source: aunty yochana (telah diubahsuaikan sedikit)

Pandan muffin resepi II

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt garam halus
120gm gula castor
200ml santan
100ml minyak jagung
2 biji telur - dipukul sedikit
1 camt pandan paste/pandan emulco

Almond flakes, kismis, ceri atau ikut selera masing2 - sebagai topping

cara:
  1. susunkan muffin cups ke dalam muffin pan dan ketepikan
  2. ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam mixing bowl
  3. kemudian masukkan gula dan kacaukan rata dengan menggunakan whisker, ketepikan
  4. setelah itu satukan santan, telur, minyak jagung dan pandan emulco. kacaukan sehingga sebati
  5. tuangkan ke dalam adunan tepung tadi sambil dikaupbalikkan sehingga sebati
  6. sudukan 3/4 adunan ke dalam muffin cup tadi dan taburkan dengan topping
  7. bakar pada suhu 190C selama 20 min atau sehingg masak
  8. sesuai dihidangkan sebagai breakfast atau minum petang
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin